Showing posts with label journal. Show all posts
Showing posts with label journal. Show all posts

Aku pernah terbaca tentang malam-malam di bulan Ramadhan, juga pernah mendengar ceramah mengenainya. Sepuluh malam pertama Ramadhan adalah malam kerahmatan, sepuluh malam kedua Ramadhan adalah malam keampunan, dan sepuluh malam pertama Ramadhan adalah malam pelepasan dari api neraka bagi yang memohon. Inilah tiga nikmat yang Allah sediakan bagi hamba-hambanya yang memanfaatkan malam-malam Ramadhan .

Aku seringkali mendengar lagu Hijjaz yang bertajuk Rintihan Hamba. Antara petikan liriknya yang membuatkanku tertarik ialah:

Ampunan-Mu tuhan,
Lebih besar dari kesalahan insan,
Hamba yakin pada keampunan-Mu tuhan,

Bukan tidak redha,
Dengan ujian cuma hendak mengadu pada-Mu,
Tempat hamba kembali nanti di sana

Begitu agungnya keampunan Allah untuk hamba-hamba-Nya. Meskipun dosa-dosa hambanya sebanyak buih-buih di lautan, selagi nyawanya belum mencengkam di pangkal halkum, selagi itu keampunan Allah tetap terbuka untuknya.

Malah di bulan Ramadhan, Allah sediakan dua siri malam-malam yang khas untuk taubat hambanya. Malam keampunan dan diikuti dengan malam pelepasan dari api neraka. Memang ada manusia yang sukar memaafkan kesalahan orang lain dan itu memang hakikatnya kejadian manusia. Sesungguhnya keampunan dari dosa-dosa lepas itu sememangnya diiringi dengan pelepasan dari lontaran ke dalam api neraka.

Memaafkan kesalahan sahabat-sahabat kita memang hak kita sepenuhnya. Sehinggakan Allah tidak akan mengampunkan dosanya kepada kita jika kita belum memaafkan dosanya. Tapi, alangkah indahnya dunia ini jika kita penuh dengan perasaan kasih sayang dan saling maf-memaafkan. Adakah kita cukup suka mendengar hura-hara di sana sini, perang di antara benua, dendam antara kelompok manusia?

Kalau dari aspek isi hadis tersebut, isinya memang masuk akal. Hakikatnya orang yang tidur ketika berpuasa sedang beribadah, iaitu ibadah puasa tapi ada elemen kontranya. Petikan hadis itu berbunyi seperti ini:


صَمْتُ الصًّائِمِ تَسْبِيْحٌ وَ نَوْمُهُ عِبَادَةٌ

"Diamnya orang puasa adalah tasbih dan tidurnya adalah ibadah"
(HR Abu Muhammad bin Sho'id)

Bagi orang-orang kebanyakan, suatu makanan yang kotor tidak akan dipandang. Bagi sang pengemis, memperolehi secebis ayam goreng yang telah dimamah dari tong sampah merupakan satu rahmat. Bagi orang-orang kebanyakan, butiran nasi yang tidak habis akan dibuang tanpa rasa rugi. Bagi sang pengemis, menjamah sekepal nasi begitu nikmat sehingga enggan berkumur-kumur membasuh mulut. Khuatir rasa nasi itu akan hilang dari lidahnya.

Aku turun menunaikan solat fardhu Isyak di surau perumahanku bersama kawan-kawanku. Pada awal ramadhan ini, tidaklah begitu menghairankan surau itu penuh sehingga dua kem didirikan sebagai persediaan awal tetamu di rumah Allah itu. Aku dan kawan-kawanku menunaikan solat fardhu Isyak sebagai jemaah kedua.

Kejadian 3 hari lepas banyak merubah diriku menjadi lebih matang dan tenang. Sejak dari hari itu, aku meluangkan masa lebih bermuhasabah diri tentang kesilapan yang aku lakukan selama ini. Sejak dari hari itu, aku lebih mudah merasa sebak mendengar lagu-lagu memuji Allah s.w.t. Sejak dari hari itu aku lebih mudah berasa ringan mendengar ceramah agama di internet ataupun mp3.