Dalam perjalanan kita meniti kehidupan seharian, ada perkara yang berlaku kepada kita ini, membawa kepada kegembiraan di hati kita. Ada perkara yang berlaku kepada kita, yang membawa kepada kesakitan yang tidak kita harapkan.


Cuba bayangkan apa yang kita impikan itu, tiba-tiba diberikan kepada kita di hadapan mata secara percuma. Alangkah gembiranya hati, sehinggakan membuatkan seseorang itu melompat-lompat. Bahkan, jika benda itu sesuatu yang mampu dipeluk, pasti akan dibawa tidur. Bimbang akan hilang atau rosak.

Cuba bayangkan benda yang kita impikan yang sudah ada di dalam tangan kita, tiba-tiba hilang. Segalanya mampu dipertaruhkan untuk mendapatkannya kembali. Sehinggakan rasa ingin menangis selautan juga turut mengisi jiwa yang sedih ketika itu.

Allah akan memberi dan menarik balik nikmat yang telah diberikan kepada manusia pada bila-bila masa yang disukainya. Usahlah bayangkan perkara di atas. Bayangkan pula jika Allah menarik nikmat udaranya kepada manusia hanya untuk satu minit. Atau bayangkan Allah menarik nikmat matahari yang bersinar ini hanya untuk sedetik. Dan ingatlah, jasad dan waktu yang kita punya ini juga adalah merupakan nikmat Allah, yang mana suatu masa nanti Allah akan ambil kembali apa yang Dia mahukan. Cukupkah bekalan kita sementara menanti waktu itu?

Categories:

4 Responses so far.

  1. Terima kasih sahabat...Ini juga merupakan luahan perasaan dan juga sebagai tanda redha saya dgn ketentuan Allah untuk renungan semua... :)

  2. Zurina J. says:

    Congratz! New Wasaber. Follow all the Wasabers to stay connected among Wasabers. ;)

    Oops! Logo WSB tidak kelihatan. Sila lekat ya. TQ!


    -Krew WSB-

  3. syukur kita masih bernafas hingga ke hari ini..

    bagus.. utk renungan kita bersama ni..:)

Leave a Reply