Kalau dari aspek isi hadis tersebut, isinya memang masuk akal. Hakikatnya orang yang tidur ketika berpuasa sedang beribadah, iaitu ibadah puasa tapi ada elemen kontranya. Petikan hadis itu berbunyi seperti ini:



صَمْتُ الصًّائِمِ تَسْبِيْحٌ وَ نَوْمُهُ عِبَادَةٌ

"Diamnya orang puasa adalah tasbih dan tidurnya adalah ibadah"
(HR Abu Muhammad bin Sho'id)

Aku menjalankan kajian di beberapa laman web dan menemukan bahawa hadis ini adalah sanad lemah. Aku sarankan agar pembaca lihat sendiri soal jawab laman web itu. Aku ingin ceritakan jalan hidup di sini, bukan mahu mengadakan kelas hadis.
(http://www.eramuslim.comhttp://muslimah.or.id dan http://jalmilaip.wordpress.com)

Kini telah berlalu 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan, aku melihat bermacam-macam ragam dari pagi hingga ke petang. Antara fenomena biasa aku lihat ialah orang-orang yang tidur sepanjang hari walaupun ada kesempatan yang sedikit.

Aku teringat hadis yang dibacakan di dalam rancangan Adik & Al-Quran di TV9 beberapa minggu lepas, atuk mengatakan tidur orang yang sedang berpuasa itu adalah ibadah tetapi bukan tidur sehingga meninggalkan solat fardhu lima waktu.

Lalu aku menjalankan kajian pada beberapa minit yang lalu, dan menemukan tidur itu bukanlah ibadah. Tetapi ibadah yang dikatakan itu adalah berpuasa. Kita telah sedia maklum seperti mana yang dilaung-laungkan di segmen hadis di kaca televisyen, atau di surau, atau di mana-mana sahaja, bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan lipat ganda ganjaran. Apa salahnya tidur yang panjang itu kita masukkan sedikit beberapa minit untuk kita berzikir sebelum azan berkumandang, atau mendengar lagu nasyid selama 4 minit.

Aku juga tidak terlepas dari nikmat tidur ketika berpuasa, tetapi aku tidaklah tidur sepanjang hari. Syukurlah aku tergolong dalam orang-orang yang susah untuk tidur. Walaupun itu adalah suatu gejala kesihatan yang tidak begitu baik, namun hikmahnya, aku melihat orang yang normal tidur dan lantas membuatkanku berfikir tentangnya. Aku tidak punya kekuatan untuk menegur kesemua mereka, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menegur seorang dua sahabatku, demi untuk melepaskanku dari tagihan amanah di hari akhirat nanti.

Puasa Ramadhanku tahun ini berbeza sama sekali dengan tahun-tahun sebelumnya. Aku akui puasaku tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Kesimpulan yang aku dapat daripada kajian ini adalah tidur ketika berpuasa langsung tiada faedah rohaniah selain dari melalaikan kita dari menambah amal untuk lipatan ganda pahala dari Allah.

Aku dambakan teguran dan nasihat jika apa yang aku baru pelajari ini adalah tidak betul.
Wallahu a'lam.



Categories: ,

3 Responses so far.

  1. erk ! cerita pasal tidur .

  2. hehe..jangan risau..ini hanya renungan bersama.. :)

  3. Ask says:

    Tidur.. ZzZzZzZ~
    Makruh puasa.. Adeh~

    Terjah sini Gang WSB~ Jejak n follow u.. Jom tgk Aku Anak Mak

    http://renunganask.blogspot.com/

Leave a Reply