Aku turun menunaikan solat fardhu Isyak di surau perumahanku bersama kawan-kawanku. Pada awal ramadhan ini, tidaklah begitu menghairankan surau itu penuh sehingga dua kem didirikan sebagai persediaan awal tetamu di rumah Allah itu. Aku dan kawan-kawanku menunaikan solat fardhu Isyak sebagai jemaah kedua.

Ketika bersolat sunat tarawikh, aku mengambil tempat di hujung saf. Kehadiranku di situ amat jelas kerana ketinggian tubuhku tidak terkalahkan oleh kanak-kanak yang berada di hujung saf itu. Aku merasa seperti aku ini adalah ayah kepada kanak-kanak yang ada di situ kerana setiap kali habis dua rakaat, aku akan berbual dengan mereka. Ada juga si cilik yang tidak lekat matanya dari memandangku samada aku tengah bersolat atau tidak. Ada yang mengikuti gerak langkahku.

Walau apa pun, aku berharap Ramadhan tahun ni membawa kepada rahmat dan hidayah Allah khasnya untuk diriku yang sebelum ini mempunyai kehidupan yang berbeza. Orang sentiasa mengatakan, pengalaman itu mendewasakan kita dan membuatkan kita mampu menghuraikan segala perbezaan di antara yang baik mahu pun yang kurang baik.

Categories:

One Response so far.

  1. Zurina J. says:

    Comelnya si budak kecil.. keh²

Leave a Reply